Save on your hotel - hotelscombined.com

Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah

Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail.

Semasa meronda-ronda di youtube, saya terjumpa satu video yang berkualiti untuk dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membuat blog di blogspot.

Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri.

Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.

Sambil tonton video ni, boleh terus aplikasikan. Video ni akan tunjukkan cara;

1. Cara mendaftar akaun gmail

2. Cara membuat blog di blogspot melalui blogger.com

3. Cara membuat posting pertama di blog anda

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok video Cara Buat Blog di Blogspot :-

Bila dah ada blog sendiri. Mesti seronok kan? Jangan lupa untuk rajinkan diri untuk update blog anda ye.

Buat blog di blogspot ni cuma langkah pertama. Masih banyak yang perlu dipelajari. Kalau kena dengan caranya, tak mustahil anda boleh buat duit dengan blog anda.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.