Save on your hotel - hotelscombined.com

Update keadaan Terkini di Makkah!! – Ramadhan

mekah covid-19, gambar mekah terkini, peta mekah, mekah kosong, mekah madinah, sejarah kota mekah, tempat menarik di mekah, keluasan tanah haram mekah, mekah dan madinah, mekah tutup, berita mekah hari ini, senarai hotel di mekah, mekah 2020,

Perkongsian seorang warga malaysia terperangkap di mekah

Sehingga hari ini 10 May 2020 (17 Ramadan 1441h), kes covid 19 di Makkah adalah sebanyak 8073 kes dan kes keseluruhan di Saudi Arabia adalah 37,136 kes dengan 246 kematian.

Jumlah Test yang telah dibuat adalah sebanyak 449,644 test.

Hanya kota Makkah masih di dalam perintah berkurung 24jam.. bermula pada 2 April 2020 sehingga hari ini.. dan tidak dapat dijangkakan lagi bila kota Makkah akan ‘hidup’ seperti sebelum diserang wabak.

Perintah berkurung di kota Makkah mengikat beberapa peraturan iaitu:

1. Hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan atau urusan penting dari jam 6 pagi ke 3 petang di dalam kawasan kejiranan sahaja.

2. Kota Makkah ditutup
sepenuhnya dari orang luar. Tidak dibenarkan masuk dan penduduk Makkah juga tidak dibenarkan keluar.

3. Kedai runcit dan supermarket beroperasi.

4. Foods delivery service. (Dibenarkan sesetengah kawasan sahaja)..

5. Restoran tidak beroperasi.

6. Tiada juga courier service.

7. Semua masjid ditutup kecuali Masjidilharam yang dibenarkan mengadakan solat jemaah TETAPI tidak dibuka kepada orang awam. Hanya para imam, pegawai, pekerja yang bertugas di Masjidilharam yang dibenarkan untuk solat.

8. Solat jenazah juga dibenarkan di dalam Masjidilharam. Hanya seorang dari wakil keluarga yang boleh turut serta.

9. Penjarakkan fizikal berlaku sepanjang solat jemaah.

10. Kanak-kanak (bawah 15 tahun) tidak dibenarkan keluar sama sekali.

11. Terkini, sesetengah sektor sudah beroperasi selepas wakil syarikat mendapatkan permit kebenaran bekerja untuk pekerja-pekerja yang terlibat.

12. Sektor perhotelan lumpuh sepenuhnya kecuali hotel-hotel yang terlibat dalam proses kuarantin mereka yang terlibat.

13. Tidak dibenarkan social gathering yang melebihi 5 orang.

Hukuman yang agak berat di kenakan jika melanggar peraturan. Seperti denda bermula 10ribu riyal sehingga ke 50ribu riyal…

Berita yang menyatakan kota Makkah sudah kembali seperti biasa adalah tidak benar sama sekali.. Hakikatnya kami di sini masih berperang dengan kes covid yang meningkat saban hari.

Selitkan doa agar ujian pandemic ini di angkat oleh yang maha berkuasa dan dilenyapkan terus dari muka bumi agar kita semua dapat kembali seperti kehidupan sebelum ini..

Aminn ya rabb..

-masnira ramli-

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.