Tips Tayar Kereta Anda

Tayar Kereta Murah

Minggu lepas dari penang balik ke Taiping stering kereta mula bergegar, suspek utama memang tayarlah puncanya, So pergilah Kedai Tayar area Taiping minta dorang cek, Ya memang betul tayar dah bengkak, esok nak ke Melaka pulak,nakt tak nak kene tukar jugak, so tanyalah pomen tu harga tayar.. yang second tayar korek pon dah rm80.

Tayar yang baru ada yang rm175/185 baik amik yag baru puas hati minta dorang bawa keluar tayar tu nak tengok pomen tu pon bawa lah tayar baru yang harga rm175 bila tanya tahun buatan tayar tu muka pomen dah mula cuak, baru dia habaq tayar tahun 2011. so apa lagi kene sound lah.”Tayar lama u jual rm175 ke u tau x tayar ni dah expired mana boleh jual harga ni” saya suruh dia pergi tanya tokey berapa harga tayar tu mula² dorang bagi rm120 dok minta kurang sampai dapat rm105 untuk sebiji tayar hrmm tayar korek pon dh rm80 baik amik yang ni. so dapat lah 4 biji tayar baru dgn harga rm420 rim 15′. Moral of story.. Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dengan kedai tayar.. dorang akan keluarkn tayar yang lama untuk clearkn stok dan jual pada harga baru. So kalau yang nak tukar tayar tu hati² lah supaya kita x tertipu. Di bawah ada senarai kod² yang patut kita tahu. moga dapat manfaat bersama.

Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan… (Expired)

Info Berkenaan Tayar Kenderaan :

1. Kod Tayar Kenderaan..

Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;

S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);

2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma

Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua… Kongsiakan kepada rakan dan adik beradik anda 🙂

Comments

comments

1 thought on “Tips Tayar Kereta Anda”

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Tak payah peluh peluh pusing keliling taman tanya harga lepas tu kena klentong dengan kedai…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.