Save on your hotel - hotelscombined.com

Tips Mengatasi Masalah Komputer yg Gagal Masuk ke Windows

Kali ni saya nak kongsi macam mana nak buat kalau komputer anda tiba tiba dah tak boleh masuk windows. Proses yang ditunjukkan dibawah hanya untuk membolehkan anda masuk windows buat kali terakhir dan backup fail dokumen anda di dalam desktop, my documents (atau Library dalam Windows 7).

Fail-fail pada hardisk selain c: tidak perlu di backup. namun amatlah disaran untuk berbuat demikian.

Saya menggunakan contoh Windows 7 disini, tapi

cara ini boleh diaplikasikan pada Windows Vista dan Windows XP. menu yang terpapar pada windows lain mungkin berlainan dari segi susun aturnya dan lokasi tapi saya pasti menu yang perlu anda pergi tidak jauh bezanya dari segi namanya.

Ini adalah cara yang paling terdesak sekali, dan peratusan berjaya hanya 50-50. Mula2 bila start komputer, tekan key F8 pada keyboard anda berulang kali sampailah masuk satu menu khas.
Di situ tertera pelbagai menu, antaranya :

Repair your computer
Safe Mode
Safe Mode With Networking
Safe mode with Command Prompt
dan sebagainya

Dibawah adalah contoh paparan menu untuk windows Vista dan XP

Dibawah adalah contoh paparan menu untuk Windows 7

Pilih safe mode dan tekan enter

Kemudian sila bawa bersabar kerana loadingnya selalunya lebih lambat dari biasa. Perhatikan lampu CPU berkerja pada laptop atau desktop anda. Langkah selepas ini hanya boleh dilakukan jika anda berjaya masuk window dalam keadaan “Safe Mode”, mungkin 5 minit, mungkin 10 minit. Kalau tak masuk juga malang sekali komputer anda mungkin tiada harapan untuk masuk windows dan ini memerlukan anda untuk format sepenuhnya.

Jika berjaya masuk, skrin akan memaparkan Logon interface dimana anda boleh pilih username yang anda ingin login. Mula2 cuba dengan nama login yang anda selalu guna. Kalau tak boleh, gunakan Administrator (cuba kosongkan ruangan password dan tekan enter). Jangan masuk Guest kerana anda tidak anda kelayakan Admin (Administrator privilage) untuk melakukan proses pembaik pulih.

Setelah berjaya, anda akan dapati rupa windows anda tidak sama seperti anda selalu lihat. Mungkin juga akan keluar pop-up untuk “System restore”, sila abaikan.

Setelah berjaya, tekan Start menu, pilih Run untuk Windows XP, atau taip sahaja di ruangan “Search”. Taipkan msconfig dan tekan enter.

jika berjaya masuk, Di tab general, pilih Selective startup, dan “untick” Load system service dan Load startup item.

Setelah itu klik OK. Anda akan ditanya samada anda mahu restart komputer anda. Sila pilih restart.

Dan cuba masuk window tanpa menekan butang F8 pada keyboard. Jika berjaya, backup fail – fail penting pada backup fail dokumen anda di dalam desktop, my documents (atau Library dalam Windows 7). Fail-fail pada hardisk selain c: tidak perlu di backup. namun amatlah disaran untuk berbuat demikian.

Boleh juga guna cara2 di bawah ini :

Jika komputer anda tidak boleh masuk ke Windows, cara termudah adalah repair Windows. caranya dengan memasukkan CD install Windows, terus ubah BIOS untuk startup dengan CD/DVD-ROM, setelah install masuk ke bahagian install Windows, pilihan butang repair Windows. anda boleh juga menginstall semula Windows ke folder baru atau menformat harddisk apabila merepair Windows gagal.

Pastikan dahulu anda tidak mengubah setting BIOS sebelumnya, kalau anda telah mengubahnya sebaiknya mengembalikannya seperti asal, kalau terlupa pilih butang ‘Loading BIOS default’.

Apabila langkah-langkah di atas gagal semuanya, kemungkinan ada kerosakan pada hardware anda. Kerosakan pada umumnya terletak pada memori dan harddisk. VGA dan mainboard mungkin juga boleh rosak, tapi kemungkinannya sangat kecil.

Catatan : Kerosakan driver VGA card boleh juga menyebabkan Windows tidak boleh masuk. Anda harus startup di ’safe mode’ lalu uninstall driver VGA yang rosak dahulu, dan baru install kembali driver VGA yang baru ketika masuk ke Windows secara normal.

Harap tips ini membantu.

Comments

comments

4 thoughts on “Tips Mengatasi Masalah Komputer yg Gagal Masuk ke Windows”

  1. salam,saya nak tanya laptop sony vaio saya tak boleh power on terjadi

    selepas saya memasukkan power adapter dan terus terpadam,adakah ni

    masalah pada motherboard?

  2. Baru2 ni asus laptop sy x boleh access window tapi nasib baik
    masih ada waranty 2 tahun. saya baru guna cuma 5 bulan je
    Asus tukar hard disk terus.

    Macamana pun tks for the info ..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.