Save on your hotel - hotelscombined.com

Belajar Technical Analysis Saham

belajar Technical Analysis

Technical Analysis (TA) digunakan oleh pedagang saham untuk mencari titik keuntungan optimum masuk dan keluar. Kami akan perkenalkan TUJUH elemen paling asas dan penting dalam TA. Kami menggunakan BursaStation untuk semua chart di bawah:

***Di sesetengah tablet, gambar akan jadi sedikit kabur, sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas. Kami akan cuba untuk selesaikan isu ini secepat mungkin.***

1) Support and Resistance: Bila harga saham naik ke satu harga dan jatuh balik, ini dipanggil ‘Resistance’. Bila harga jatuh ke satu harga dan rebound naik balik, ini dipanggil ‘Support’. BELI di kawasan ‘Support’. JUAL jika harga jatuh di bawah ‘Support’

 


2) Trend Line: Sambungkan sekurang-kurangnya 2 titik ‘Support’ dan 2 titik ‘Resistance’ untuk membuat ‘Trend Line’. BELI di kawasan ‘Support Line’. JUAL jika harga jatuh di bawah ‘Support Line’

 


3) Fibonacci Retracement: Menggunakan ‘nisbah emas’, kita boleh mencari ‘Support’ yang sebenar. Tarik titik 0% dari ‘Resistance’ sampai 100% di ‘Support’. BELI jika harga rebound di kawasan 50% atau 61.8%. JUAL jika harga turun sehingga 78.6%

 

 


4) Moving Average: Purata bergerak. Sebagai contoh: moving average 5, bermaksud purata harga tutup 5 hari terbaru. Ini digunakan untuk melihat ‘price trend’. BELI jika ma5 potong naik ma20. JUAL jika ma5 jatuh bawah ma20

 


5) Bollinger Band: Lower band boleh menjadi ‘support’, upper band boleh menjadi ‘resistance’. Mid band boleh menjadi kedua-dua ‘support’ jika harga di atas mid band, dan ‘resistance’ jika harga di bawah mid band. BELI jika harga potong naik ‘mid band’. JUAL jika harga jatuh bawah ‘mid band’

 


6) MACD: Menunjukkan trend harga. BELI jika garisan MACD potong naik garisan signal. JUAL jika garisan MACD jatuh bawah garisan signal

 


7) RSI: Menunjukkan kekuatan trend. BELI jika RSI potong naik 50%. JUAL jika RSI jatuh bawah 70% (dari atas)

 


BONUS: Ichimoku Kinko Hyo

Penunjuk ini biasa digunakan untuk pelaburan jangka masa panjang dalam kaunter blue chip, indeks, pasaran hadapan, komoditi, dan juga forex. BELI jika (JUAL jika semua kriteria bertukar sebaliknya):

  • Harga potong naik cloud
  • Harga potong naik kijun line
  • Tenkan line potong naik kijun line
  • Chikou line potong naik harga di 26 lilin belakang

 

TIPS : Gabungkan semua di atas untuk mendapat keuntungan yang optimum


Seterusnya, baca langkah-langkah mudah kami ‘Buat Untung‘ dalam perdagangan saham.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.