Save on your hotel - hotelscombined.com

Rakyat Malaysia Hebat – PKP Covid-19

Alhamdulilah rakyat malaysia kita hebat. Apabila PKP dilaksanakan pada hari pertama, kita susah hati tentang pekerjaan dan duit makan. Tetapi selepas sebulan, kita pula yang bersungguh supaya ia dilanjutkan. Kita rela berkorban susah hari ini demi masa hadapan.

Mahasiswa kita hebat. Apabila PKP dilaksanakan, sebahagian besar cuba pulang ke kampung kerana ketakutan. 80 ribu mahasiswa masih terkandas di kampus kediaman. Tetapi hari ini,mereka semua menunjukkan contoh tauladan. Majoriti tidak mahu pulang sehingga keadaan mengizinkan.

Banduan kita hebat. Sebelum PKP mereka dianggap sampah terbuang. Tetapi ketika musim sukar, banduan-banduan ini berjuang menjahit PPE untuk kegunaan barisan hadapan. 900 set PPE disiapkan hanya daripada Penjara Kajang.

Dahulu mereka hidup dengan penghinaan, hari ini Allah angkat darjat mereka dengan kemuliaan

Doktor dan Petugas Kesihatan kita hebat. Pernah sebelum ini mereka dituduh lembab dan membazirkan duit rakyat. Elaun kritikal pun mahu dikerat. Sistem kita tidak efisien seperti Singapura kata suara-suara keparat.

Tetapi hari ini Allah membuka hijab. Kes harian negara jiran itu 10 kali ganda lebih tinggi daripada kita. Mereka rebah tidak bertongkat. Sedang statistik kita semakin baik setiap saat.

Jiran-jiran kita hebat. Tidak lengkap satu hari melainkan sebahagian daripada mereka memikul beban mencari rakyat yang tenat. Rupanya Allah mentakdirkan musibah supaya kita mengenal apakah erti sahabat.

Media sosial kita hebat. Pada awal PKP kita mengumpat hampir setiap hari. Kita mengutuk tabligh yang kononnya melarikan diri. Kita mengecam mereka yang sakit sebagai punca musibah kepada negara ini.

Tetapi hari ini kita berubah. Suara yang suka mengecam tenggelam di bawah lembah. Kita sudah tidak terpengaruh dengan screenshot atau membuat provokasi murah. Kita lebih suka memuji daripada memperbesarkan hal terpencil yang salah.

Pemimpin kita hebat. Silap kecil mereka pada awalnya diserang dan diperbesarkan. Seolah-olah minum air suam itu suatu dosa yang tidak boleh dimaafkan. Tetapi mereka tahu bahawa melayan provokasi bukanlah sebahagian daripada skop pekerjaan.

Hari ini negara membuktikan. 5 hari berturut-turut kes sembuh kita mengatasi kes positif yang disahkan. Lebih 100 ribu rakyat telah menjalani ujian makmal – satu angka yang sangat membanggakan.

Ia bukan suatu kebetulan. Melainkan dengan hakikat bahawa hanya dalam tempoh 2 minggu, 2,070 kakitangan kesihatan disambung kontrak dan 3,633 Penolong Pegawai Perubatan baru berjaya diserap dalam perjawatan.

Benar. Rakyat kita hebat. Kita semua hebat❗

Oleh itu jangan bimbang. Kerana dengan izin Tuhan, kita pasti menang❗

#KitaAkanMenang❗❗❗

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu.

 

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.