Save on your hotel - hotelscombined.com

Pertanyaan dan Jawapan Berkenaan Saham

1) Q: Berapa modal minimum untuk berdagang saham?
A: Jika anda hanya mahu merasa dan belajar mengenai pasaran, sekitar RM3000 sudah mencukupi.

2) Q: Apakah broker terbaik di Malaysia?
A: Bergantung kepada apa yang paling anda mahukan, sesetengah broker menawarkan suruhanjaya yang murah tetapi platfom atas talian yang tidak begitu bagus, dan begitu juga sebaliknya.

3) Q: Apakah software yang Kyaputen gunakan untuk scanning dan charting?
A: Kami gunakan JStock, dan BursaStation.

4) Q: Perlukah saya menggunakan BursaStation yang berbayar?
A: Untuk yang baru belajar, anda boleh mencuba secara percuma dahulu. Untuk yang sudah berpengalaman, ya ianya sangat digalakkan.

5) Q: BursaStation (paid version) ada pelbagai FA dan TA screener. Apakah screener yang Kyaputen gunakan dan mengapa?
A: Untuk FA, kami sudah jelaskan di dalam ‘Trading Tips‘ kami, tips nombor 4. Untuk TA, biasanya kami gunakan screener Bollinger Band, RSI, dan MACD di BursaStation. Penjelasan lanjut di page ‘Technical Analysis‘ kami.

6) Q: Bagaimana untuk mencari Support dan Resistance yang terbaik?
A: Lihat Tips Kyaputen kami di penghujung page ‘Technical Analysis‘.

7) Q: Bagaimana untuk menentukan Cut Loss? Selalunya saya sangat yakin dengan study saya, tapi bila saya cut loss, price naik semula.
A: Itu maksudnya anda tidak cukup yakin dengan study anda. Jika price naik, maksudnya study kesuluruhan anda adalah betul. Cut Loss biasanya bila pecah support atau panic sell (high price movement down and volume).

8) Q: Saya nak main intraday tapi saya bekerja ikut office hour, jadi saya terpaksa main swing trade. Apakah time frame yang terbaik untuk saya?
A: Saya kira anda hanya boleh study pada hujung minggu, kalau begitu, guna time frame daily dan hourly, study hujung minggu, terus queue buy, kalau match hari Isnin, terus queue sell malam Isnin.

9) Q: Bagaimana untuk mencari kaunter yang mempunyai momentum?
A: Gunakan penunjuk momentum seperti RSI. Baca mengenai cara penggunaan RSI di tips nombor 7 ‘Technical Analysis‘ kami.

10) Q: Kepada yang selalu menggunakan handphone atau tablet ketika kerja, apakah screener terbaik untuk digunakan? Untuk melihat harga, alert, dan mempunyai TA yang bagus?
A: Jika anda seorang on-the-go-day-trader, apps ‘RHB Tradesmart’ dari RHB OSK adalah yang terbaik yang kami tahu. Jika anda seorang casual-swing-trader, apps ‘KLSE Screener’ sudah mencukupi.

11) Q: Apakah entry price yang terbaik untuk kaunter yang sedang uptrend? Ada yang mengatakan untuk beli jika harga potong naik resistance.
A: Gunakan tips ‘Technical Analysis‘ kami untuk mencari harga entry dan exit yang terbaik.

12) Q: Apakah strategi yang baik untuk scan kaunter?
A: Scan kaunter yang mempunyai volume yang tidak terlalu rendah dan di dalam lingkungan harga yang anda selesa. Atau guna sahaja ‘Watchlist‘ kami.

13) Q: Apakah perbezaan daily chart dan daily+ chart?
A: Daily chart ialah end-of-day chart, yang bermaksud candle terakhir yang ditunjukkan adalah candle semalam. Daily+ chart ialah real time chart, yang bermaksud candle terakhir yang ditunjukkan adalah candle hari ini.

14) Q: Boleh terangkan mengenai ma200?
A: ma200 biasanya digunakan oleh pelabur jangka masa panjang. Ia juga bertindak sebagai resistance atau support yang kuat. Baca selanjutnya mengenai Moving Average di tips ‘Technical Analysis‘ kami.

 

 

 

 

REFERENCES:

  • www.investopedia.com
  • www.investing.com
  • www.stockcharts.com
  • klse.i3investor.com
  • www.malaysiastock.biz
  • www.bursamalaysia.com
  • www.bursamarketplace.com
  • www.theedgemarkets.com
  • www.thestar.com.my
  • www.isaham.my

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.