Pasang Aircond dan Kipas Pada Masa yang Sama Satu Tindakan Kurang Pandai ??

Pelik dengan tajuk di atas tu ??? mesti pelik kan ?? ha benda ni excelli dah berkurun aku nak gtau kat anda semua, cuma otak ni banyak semut, asyik lupa ja.. haha..

Kat umah ampa ada kipas dak ? mesti ada kan ? aircond ada dak ? mesti sesetengah ada kan ?? tapi pernah dak ampa buka2 dua2 tu dalam satu masa ?? Kalau ampa anggap dengan membuka dua2 alat di atas tu dapat menambahkan kesejukan, ampa dah SALAH.

Aku duk pelik jugak tengok sebenaqnya orang buat macam tu.. sebab xkan la korang xtau camna dua2 alat tu berfungsi ?? OK kalau x tau meh cheq nak habaq mai..

KIPAS

Ok, aku jelaskan secara ringkas la kan.. x masuk bab prinsip tekanan udara ka, apa ka, suma x masuk.. sbb aku nak bagi semua faham camna kipas ni berfungsi.. aku highlight kan kat sini kipas siling.. yg pasang kat siling umah tu..

kipas ni cuma memutarkan udara yg berada di atas dan memandu udara tersebut ke bawah dgn kelajuan yg tinggi… secara x langsung mewujudkan angin yg kuat.. angin adalah udara yg bergerak.. so kita rasa sejuk sbb angin tu laju ja pun..

bukan ada elemen lain.. kalau bilik kita panas, kita akan rasa panas jugak even pasang kipas.. sebab ia x merubah suhu bilik pun, ianya menghasilkan angin ja..

AIRCOND (AIR CONDITIONER)

Ok, makhluk canggih ni plak prinsip dia lain dari kipas.. secara ringkasnya, prinsipnya ialah menghasilan udara sejuk.. sapa yg belajaq sains, dia mesti faham.. udara panas lebih ringan dari udara sejuk.. sebab tu belon yg leh terbang tu dipanggil belon udara panas, sebab udara tu ringan n kurang tumpat berbanding udara biasa, so belon tu leh la terbang.. tapi aircond ni menghasilkan udara sejuk yg mana lebih berat n lebih tumpat berbanding udara bilik kita yg biasa..

so udara yg sejuk ni akan turun ke bahagian bawah bilik iaitu di mana kita berada.. dan udara asal di dalam bilik yg panas tu akan naik ke bahagian atas bilik kita, atau lebih tepat lagi di bahagian siling.. dan disedut keluar oleh aircond tu sendiri.. sbb tu setiap aircond, kalau korang perasan, ada satu lagi kawan dia, iaitu kotak yg ade macam kipas tu, dipasang di luar rumah.. untuk mengalirkan udara panas dalam bilik kita tadi..

OK sekarang korang dah faham prinsip kedua2 alat di atas.. so kenapa aku cakap pasang kedua2 alat tu dalam masa yg sama merupakan tindakan yg kurang pandai ?? Aku x cakap la bodoh.. tu x berperikemanusiaan sgt bunyinya.. maksud aku kurang pandai ja.. sbb buat tindakan tanpa mengetahui sesuatu fakta..

Jika kita switch on kedua2 alat tersebut dalam bilik kita, kedua2 prinsip alat tu akan bergabung.. aircond akan mengalirkan udara sejuk ke bahagian bawah bilik dan udara panas akan naik ke bahagian atas.. manakala kipas pulak akan memutarkan udara di bahagian atas bilik turun ke bahagian bawah.. so kedua2 udara panas dan sejuk akan bergabung, menjadikan suhu bilik tu bukannya bertambah sejuk, malah bertambah panas..

So lepas dah baca pasal ni, sapa2 yg selalu buat macam ni, rasanya boleh la hentikan perbuatan tu ye.. dah la membazir elektrik, x mendatangkan faedah plak tu.. hehehe.. sekadar berkongsi ilmu, sekian.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.