≡ Menu

Nenas Batu Khasiat dan Kebaikannya


Adakah anda pernah mendengar berkenaan dengar nenas batu? ramai yang telah mengetahui tentang nenas batu dan mesti antara kita kurang mengetahui tentang khasiat sebenar yang terkandung dalam nenas batu ini kan? Nenas batu ini dipercayai berasal daripada timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Bentuknya juga hampir serupa seperti nenas biasa cuma ia bersaiz lebih kecil dan bertangkai panjang. 

Gambar berikut merupakan contoh nenas batu. Terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam nenas batu ini sendiri seperti buah-buahan yang lain. Nenas batu ini dikatakan banyak memberikan kebaikan kepada kaum wanita. Antara kebaikan nenas batu sekiranya diamalkan oleh masyarakat kita ialah:

• Nenas batu ini mampu membantu kaum wanita mengecutkan rahim selepas bersalin.
• Sekiranya kita rajin mengamalkan nenas batu ini, jamu atau majun tidak perlu lagi diminum. Ini kerana di dalam nenas batu itu sendiri terdapat pelbagai khasiat untuk wanita.
• Bagi ibu yang baru bersalin yang ingin mengecutkan rahim, mereka hanya perlu ambil nenas batu ini seminggu sekali sahaja.
• Melawaskan kencing dan mengelakkan daripada mendapat sakit batu karang dan buah pinggang juga antara kebaikan nenas batu itu sendiri.
• Selain itu, ia membantu melancarkan pembuangan angin.
• Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
• Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. InsyaAllah dengan kekuasaanNya penyakit tersebut akan sembuh.
• Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
• Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
• Membuang toksin dalam badan.
• Melancarkan perjalanan darah.

Dalam pada itu, nenas juga berkhasiat untuk mengatasi masalah kelesuan, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yang rosak selepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah dan pelbagai lagi. Sebelum itu, kita perlu tahu cara untuk menggunakan nenas batu ini. Mari saya kongsikan cara penggunaan nenas batu untuk anda mendapatkan khasiat yang terdapat di dalamnya.

1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam dalam jag berisi air panas mendidih.
3. Biarkan sehingga satu jam (sehingga nenas batu itu menguncup).
4. Keluarkan dan tapis sekiranya terdapat sebarang serpihan kelopaknya. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari minum setiap kali bangun tidur. Seelok-eloknya selawat sebanyak 3 kali sebelum minum.
5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang. Jemur sehingga kering di tempat yang mempunyai cahaya matahari, minggu depan boleh direndam lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia akan kembang semula apabila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh berkembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun lebih, bergantung kepada penggunaan.

Nenas batu yang paling gemar dibeli dan paling berkesan ialah nenas batu yang berasal dari Mesir. Biarpun ianya lebih mahal, ia lebih besar berbanding nenas batu Malaysia.

Kita perlu berhati-hati dengan nenas batu tiruan. Cara membezakan nenas batu asli dengan nenas batu tiruan adalah keadaannya semasa direndam. Nenas batu asli akan menguncup sewaktu direndam manakala nenas batu tiruan akan kekal rupanya seperti sebelum direndam.

Jadi, sebelum membuat keputusan untuk membeli nenas batu ini, kita perlu memeriksanya terlebih dahulu secara terperinci supaya kita tidak salah menggunakan nenas batu tiruan untuk kepentingan kesihatan kita. Zaman sekarang dikatakan terlalu ramai yang ingin mengambil kesempatan dengan menghasilkan buah-buahan tiruan untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang salah.

Demikian saya kongsikan khasiat penggunaan nenas batu dan juga cara menggunakannya dengan betul supaya kita dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

 

Berminat Ingin Mendapatkan Nenas Batu Murah?

kami ada menjual nya dangan harga berpatutan:

Harga Nenas Batu

RM15 sebiji (sederhana) + Rm10 Pos = Rm25

* Promosi!!!

3Biji (sederhana) RM40 Free Pos Seluruh M’sia

 

SMS Nenas Batu ke +60145444383

Whatsapp ” NENAS BATU ”  :
Puan Missra https://www.wasap.my/60145444383
Puan Missra https://www.wasap.my/60145444383
Puan Missra https://www.wasap.my/60145444383

 

Terima Kasih,

no sebelum ini 016-3268062

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.