Nabil Asyik Berkepit Dengan Naira Mikayla

nabilKasih ibu membawa ke syurga. Kasih ayah tiada terhingga. Begitulah pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil yang memberitahu dia dan isteri, Nazirah Ayub kini seronok menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam memberikan sepenuh perhatian dan mencurahkan kasih sayang terhadap cahaya mata sulung mereka.

Nabil juga berkata banyak perkara menarik dan perubahan yang berlaku pada dirinya sejak bergelar bapa kepada Naira Mikayla. Malah setiap kali menatap wajah puterinya itu dia akan berasa tenang dan dapat melupakan segala kepenatan bekerja.

“Sejak ada anak ni, saya mengantuk (gelak). Dan saya semakin rajin lah. Dia selalu terjaga tengah malam, pukul 3 pagi, pukul empat pagi. Kalau dia menangis tu saya lah yang bangun dan akan dodoikan dia sampailah dia tertidur semula.

“Bila tengok muka dia, rasa tenang dan lega sangat. Hilang penat bekerja. Dia hadiah yang paling best lah!

“Sekarang ni ke mana saja, saya akan bawa isteri dan dia bersama. Sebab kami baru berpindaah rumah. Di kawasan rumah baru tu, kami belum kenal ramai orang,” katanya kepada malaysiandigest.com ketika ditemui baru-baru ini.

Tak Halang Anak Jadi Pelawak
Mungkin terlalu awal untuk bercerita tentang masaa depan yang telah dirancang untuk anaknya. Apatahlagi Naira kini baru berusia dua bulan. Tapi kata Nabil dia tidak menghalang jika anaknya kelak mahu mengikut jejak langkahnya, menceburi bidang seni,

“Saya tak halang kalau dia nanti nak ikut jejak langkah saya ataupun terlibat dengan dunia seni malah saya akan galakkan dia. Tapi saya akan pastikan dia mendapat pendidikan yang tinggi sebelum memilih bidang apa yang diminati.,” katanya.

Menyentuh tenatng perkembangan terbaru, Nabil akan mengendalikan program Karoot Komedia X. Selain dia akan menjalani penggambaran Eli & Epit dan Geng Bas Sekolah.

Sementara pada bulan Mac nanti akan muncul menerusi filem Lawak Ker Der 2 yang ditayangkan dipawagam pada 7 Mac depan. Dia juga akan berangkat ke Holland bagi menjalani penggambaran sebuah program game show terbitan Astro.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.