Save on your hotel - hotelscombined.com

Kepentingan ‘Directory Submissions’

Untuk meningkatkan keterlihatan di online adalah intipati setiap strategi pemasaran perniagaan online. Membawa trafik ke laman web anda dan mendapat perhatian oleh enjin carian mengambil banyak masa dan usaha.

‘Link’ memainkan peranan utama dalam menentukan kedudukan anda di berbagai enjin carian. Mendapatkan inbound link atau back link dalam kuantiti dan kualiti yang berpatutan amat mempengaruhi kedudukan enjin carian anda. Salah satu cara mudah untuk mendapatkan back link adalah dengan menghantar link anda ke direktori.

Online Direktori wujud bertujuan menyediakan pautan kepada pengguna web untuk mencari pelbagai laman yang dikategorikan di bawah topik yang relevan. “Directory submission” adalah salah satu strategi mengoptimumkan website tidak harus pemilik website mengabaikannya.

Direktori katalog link adalah untuk memudahkan akses kepada pengguna. Dahulunya, direktori adalah sumber utama bagi para pengguna web untuk mencari laman mengenai pelbagai topik. Hari ini enjin carian telah mengambil alih tugas itu tetapi kepentingannya masih wujud lagi. Anda tidak boleh hanya mengharap traffic yang banyak dari directory submission. Tetapi anda boleh mengharapkan peningkatan laman web anda di enjin carian.

Begini caranya ia berfungsi. Apabila menghantar ke sebuah direktori, halangan besar serta manfaat utama terletak pada editor manusia. penghantaran anda akan disemak oleh orang yang sebenar yang menentukan bagaimana relevan dan uniknya website anda. Setelah melalui pemeriksaan dan pengeditan, website anda akan diterima dalam direktori. Ini secara automatik membina kredibiliti website anda, maka enjin carian akan mempertimbangkan link yang dihantarkan ke direktori.

Terdapat juga beberapa direktori menghantar database mereka ke direktori dan enjin carian yang lain. Enjin carian menetapkan beberapa faktor tertentu di direktori dalam menilai populariti dan relevennya sesebuah laman web. Bergantung pada kualiti direktori dan jumlah back link yang terdapat di website anda, maka enjin carian akan dapat menentukan kualiti dan relevennya website anda selayaknya.

Perhatikan betapa pentingnya menyenaraikan laman web di direktori. Jika website anda isi kandungannya sedikit tetapi mempunyai banyak gambar, isi flash, dll. enjin carian mungkin tidak dapat mengkategorikan website anda apabila carian spider berkunjungan ke laman web anda. Dengan menghantar ke direktori di bawah kategori tertentu, ini membolehkan enjin carian untuk mengkategorikan laman web anda di bawah topik yang relevan.

Terdapat direktori umum dan khusus di online. Direktori khusus hanya menyasarkan laman-laman web berdasarkan subjek atau bidang tertentu. Tidak mempedulikan apa jua perniagaan anda, kemungkinan besar terdapat direktori yang melayani khusus untuk itu. Ada juga direktori kawasan yang amat berguna jika perniagaan online anda mensasarkan pelanggan tempatan.

Anda boleh menghantar ke beberapa direktori dengan percuma sementara yang lain dikenakan bayaran. Cari direktori yang relevan dengan website anda dan hantarkan kepada mereka. Bahkan terdapat juga directory submission services, seperti Directory Maximizer & WL Marketing yang sedia bekerja menghantar link anda ke direktori.

Contoh : Blog Malaysia

Comments

comments

1 thought on “Kepentingan ‘Directory Submissions’”

  1. Kompleksowa reklama firmy w internecie plus darmowy katalog firm. Google plus bezplatna baza firm . Panorama firm dostepna 24/h .Zapraszamy do skorzystania z nasze uslugi dla firm..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.