Keluarga Tak Datang Jamin, Zarina Tidur Lokap

Meskipun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, Zarina Anjoulie terpaksa tidur di dalam lokap kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang datang dan mengikat jamin pelakon dan model kontroversi itu.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majisteret Nazri Omran, pelakon drama bersiri Anak Pontianak itu dan rakan lelakinya, Mohamad Fawzi, memiliki barang terlarang itu di sebuah rumah beralamat Nombor C-3-10 Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 123) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fawzi, dijamin RM6,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh memoho mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana mereka masih belajar di kolej swasta.

Seorang rakan wanita kepada Zarina hadir menjaminnya dan mengaku dirinya pemilik kondominium di Damansara Damai itu, namun mahkamah tidak membenarkan dia mengikat jamin tertuduh atas alasan mereka tiada pertalian keluarga.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Dalam Harian Metro hari ini melaporkan sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga aktres itu yang tampil menjaminnya dan dia dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

Bagaimanapun, Mohamad Fakhruzaim membayar wang RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.