Save on your hotel - hotelscombined.com

Kapal selam: Thailand beli enam RM770 juta, Malaysia beli dua RM6.7 bilion

Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206.

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli enam kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta (7.7 bilion baht).

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

Kapal selam Kelas U-206 itu pertama kali dikeluarkan pada 1970-an dan antara kapal selam terkecil di dunia dan dikatakan berkesan di kawasan sedalam 20 meter. Dengan anak kapal seramai 22 orang, kapal selam itu boleh dilengkapi dengan lapan peluru berpandu dan 24 periuk api.

Perkembangan berasingan di Malaysia, kerajaan dikatakan telah meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan kepada soalan bertulis hli parlimen Batu, Tian Chua, jumlah yang dibayar kerajaan untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene buatan Perancis adalah 1.34 billion euro (RM6.7 bilion).

Dua buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia cecah RM6.7 bilion berbanding 6 buah kapal Thailand yang dibeli hanya dengan RM770 juta sahaja. Canggih sangat ke kapal selam Malaysia yang juga didakwa juga terpakai berbanding yang dibeli Thailand.

Dahsyat..kalau ikut harga, peralatan ketenteraan Malaysia boleh dikatakan lebih canggih sebab ianya lebih mahal. Bukan sikit, tetapi berganda-ganda.

www.warkahdaily.blogspot.com

Comments

comments

1 thought on “Kapal selam: Thailand beli enam RM770 juta, Malaysia beli dua RM6.7 bilion”

  1. salam, ni la masalahnye kalau org melayu buta ikut telunjuk cina yang nak pecahkan sesama kita..

    SGPV adalah program kapal korvet atau light frigate.. sengaja dinamakan sebagai PV untuk mengelakkan perlumbaan senjata.. tgk weight displaced la.. dah la terang2 bagitau LCS-LITTORAL COMBATANT SHIP!! ade perkataan COMBATANT so kena la ade taring dia! bukan sekadar PV..

    come on la.. ni Hishamudin Rais punya site ke? kalau ya, alamatnya Universiti Malaya kena tukar silibus la bagi UP SIKIT PEMIKIRAN STUDENT MEREKA..

    aduhai.. stop hancurkan negara la.. aku pun tau gov corrupt but perangi mereka dengan otak bukan ikut jalan senang jadi pencacai yahudi and cina(singapore)..

    bodoh melayu skang!

    pasal kapal selam, ape kata para pembaca pegi kat military forum tanya pendapat para penganalisis ketenteraan? ni jangan bodoh2 jadi ISLAM SEKADAR NAMA yang bulat2 percaya provokasi gila.. U-206 ni 2nd hand la pakcik.. 35-year-old vessels!! setiap benda frame dia ade tarikh lupus.. terutamanya yang dissolve dalam solute yang masin!! aduhai..

    speed U-206, 17 knot walhal scorpene 20 knot.. U-206 takleh letak AIP.. and kita boleh!! huge different laaa.. test depth pula(which is antara paling penting dalam pemilihan subs) U-206 just 200m and kita 300m..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.