Save on your hotel - hotelscombined.com

Kadar Pinjaman ASB Terkini – CIMB Maybank RHB

Pinjaman ASB Maybank, Pinjaman ASB CIMB, Pinjaman ASB RHB, loan asb, syarat pinjaman asb, loan asb untung atau rugi, loan asb maybank, loan asb cimb, kelayakan asb loan, asb loan rhb, cara simpanan asb, apa itu asb loan,

Simpanan agak penting untuk menentukan status kewangsn kita pada masa hadapan. Bukan sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup sebaik sahaja anda hilang punca pendapat di hari tua, malah ianya sebagai insuran seandainya mempunyai apa-apa kecemasan di dalam kehidupan. Sudahkah anda menabung hari ini untuk masa depan yang terjamin dan bebas daripada keraguan tentang arah tuju aset pada satu masa nanti? Aset simpanan dalam bentuk wang adalah penting, namun begitu bagaimana untuk mengembangkan aset tersebut? Takkan dengan hanya meyimpan? Ada caranya.

Tahukah anda, Amanah Saham Nasional Berhad diasaskan oleh institusi kewangsn Malaysia yang bertaraf global, ianya mula diperkenalkan oada tahun 1990 sebagai simpanan pelaburan yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai penyata pendapatan yang kukuh dan digalakkan untuk menbuat tabungan pelaburan ini demi mengembangkan aset disamping membantu dalam suntingan dana kewangan semasa perbankan di Malaysia dalam mengalakkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kata lain, tabungan pelaburan ini adalah menguntungkan kerana ianya melibatkan keuntungan semasa institusi kewangsn negara. Banyak bank untung, maka banyaklah dividen yang diagihkan kepada pelaburan.

Dividen pelaburan ASB adalah berbeza mengikut tahun. Adakalanya naik adakalanya turun, macsm tu lah pelaburan. Tetapi walaupun kurang menguntungkanz pelabur tetap mendapat dividen bezanya Cuma sedikit dan banyak. Contohnya macam tahun lepas, dividen tahunan adalah 5.5%, manakala bagi tahun 2018 pula, 6.5%. Untuk tahun 2020, kita kena tunggu tahun depan barulah tahu berapa pula kadar dividen yang bakal diagihkan. Begitulah adat dalam melakukan pelaburan, tetapi pemegang akaun ASB tak ambil kisah sangat pasal dividen sebab wang yang dilaburkan adalah simpanan mereka dan ianya sentiasa bertambah daripada tahun ke tahun. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan, banyak atau sedikit tetapi dapat dividen.

Akaun pelaburan ASB mempunyai dua jenis. Yang pertama adalah simpanan, akaun pelaburan simpanan ini adalah dibuka dengan cara mengemukakan penyata pendapatan dengsn suntingan modal secara peribadi daripada individu itu sendiri ataupun daripada sesuatu organisasi/syarikat. Dengan suntingan modal ini, pelabur hanya membuat simpanan sekaligus ataupun secara berperingkat mengikut kemampuan modal mereka.

Unit dagangan ASB boleh dibeli dengan nilaian RM1 untuk 1 unit manakala lot yang dicadangkan adalah sebanyak 10,000 unit yakni RM10,000. Berbeza pula dengan jenis akaun yang kedua iaitu pelaburan simpanan berbentuk pinjaman. Akaun pelaburan boleh dibuka sekiranya mempunyai penyata kewangan yang kukuh tetapi tidak mempunyai suntingan modal yang kasar, bank akan memberi pilihan membuat pinjaman pelaburan untuk dilaburkan ke akaun ASB ands, sebaliknya anda perlu membuat bayaran balik kepada bank mengikut jumlah yang dipinjam dan setaraf kadar faedah yang dinyatakan mengikut syarikat perbankan yang terlibat.

Kadar faedah yang dibekalkan adalah berbeza mengikut bank seperti Maybank adalah 4.55% dan 5.8, Ambank 4.35%, Bank Simpanan Nasional 4.1%, Affin Bank & CIMB 4.05 dan RHB pula adalah dari 4.0% sehingga 4.4%, dan semua ini adalah berbeza mengikut jenis akaun dan jumlah pinjaman berserta tahun.

Bagi mereka yang masih tercari-cari bagaimana nak menabung disamping membuat pelaburan, ASB adalah jalan yang bijak dan terbaik. Aset kita dilindungi oleh PIDM dan pelaburan ini adalah berdaftar dengsn Bank Negara Malaysia menjadikannya aset bumiputra yang lulus dari segi undang-undang san syariah. Tak perlu risau atau takut kalau wang anda berisiko, melabur dalam ASB boleh dikatakan sifar risiko selagi institusi kewangsn bumiputra berjalan dengsn baik, selagi itulah hasilnya anda dapat.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.