Inikah Yang Anda Mahukan Anak Seusia 5 Tahun Pelajari Tentang SEKS?

Kartun, filem dan buku telah diluluskan untuk mengajar pendidikan seks kepada kanak-kanak sekolah pada seawal usia lima tahun.

Dokumen yang mempunyai pelbagai grafik yang ‘mengganggu’ ini disyorkan untuk pelajaran sekolah rendah. Bahan pengajaran yang mengejutkan ini – dipromosikan oleh Majlis Tempatan bahkan BBC – untuk mengajar kanak-kanak tentang bahasa dewasa dan hubungan seksual.

Di antara buku yang dipilih dalam laporan tersebut adalah How Did I Begin? (Bagaimana Saya Bermula?) karya Mick Manning dan Brita Granstrom yang mengandungi gambar kartun pasangan di bilik tidur sedang berpelukan.

Ia turut disertakan dengan penjelasan – menggunakan istilah dewasa dan terus terang – cara-cara persetubuhan.

Satu lagi bahan mengajar The Primary School Sex And Relationships Education Pack oleh HIT Inggeris, mengandungi bahan untuk anak-anak berusia lima hingga 11 tahun mempelajari tentang posisi seksual yang berbeza dan pelacuran.

BBC menjadi perhatian kerana video pendidikan seksnya yang memaparkan gambar bogel penuh untuk belajar, menurut BBC Active gambar yang ditunjukkan hanyalah grafik komputer yang dihasilkan dan menunjukkan alat kelamin laki-laki.

Semua bahan mengajar ini telah diluluskan oleh Majlis untuk kegunaan pada usia ‘tujuh tahun ke atas’.

Domuken yang disusun oleh Christian Institute itu menunjukkan sebuah buku yang berjudul Let’s Talk About Sex (Mari Bicara Tentang Seks), oleh Robie H Harris, yang meliputi bab tentang heteroseksual disebut ‘Lurus dan Gay’.

Ramai masyarakat yang risau telah menggambarkan bahan mengajar ini sebagai ‘terlalu lebih, terlalu muda’ dan mengingatkan ia akan menggalakkan seksualisasi.

Mike Judge, dari Christian Institute, berkata: “Pendekatan hari ini untuk pendidikan seks memerlukan lebih banyak pendidikan seks yang lebih jelas pada usia muda.

‘Ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka didedahkan kepada bahan pengajaran seks dan ramai di antara mereka yang amat susah hati jika bahan-bahan ini digunakan kepada anak mereka.

‘Jika badan awam percaya sumber-sumber ini sesuai untuk anak-anak kecil, sangat jelas ada masalah dengan pertimbangan mereka dan lebih kawalan perlu diberikan kepada ibu bapa.’

Christian Institute telah mendedahkan 16 Majlis yang mengesyorkan buku-buku eksplisit dan video-video mereka ke sekolah-sekolah.

Ini termasuklah Derby City, Devon County, Swindon County, Worcestershire County, Hampshire County, Birmingham City, Brighton dan Hove, dan ramain diantaranya mempunyai pautan bahan itu di laman web mereka.

Ketika ini, pelajar sekolah rendah dan menengah perlu diajar ketika ‘sesuai usia’ mereka dengan pelajaran sains berkaitan tentang biologi seks.

– www.pulakdah.blogspot.com

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.