Hukum Hudud Di Afghanistan Sewaktu Pemerintahan Taliban

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan. Aish ! Korang ape khabar wei, Sihat tak? Kalau sihat baguslah, Hah ! Entry Kali ni aku nak share mengenai hukum hudud yang dijalankan di Afghanistan. Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah hukuman hudud di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu.

Cuba korang bayangkan jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti itu. Sudah tentu ribuan orang akan hadir untuk melihatnya dari dekat malah jutaan orang akan melihatnya melalui siaran langsung di kaca TV. Agak-agak korang lah, beranikah lagi bakal pencuri/perompak /penyamun ingin melakukan kerja-kerja yang sedemikian. Beranikah bakal perogol/penzina/pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk seperti ini lagi?

Bayangkan jika ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat sekarang secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun secara mendadak. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah keterlaluan yang berlaku. Penjara pula lama-lama akan kosong kerana ketiadaan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.

Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman dan damai. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai/rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan dan akhirnya dikenakan hukuman hudud.

Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan ‘minit’. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa ini boleh terjadi ?

www.gempakzsiot.com

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.