≡ Menu

GENGKHIS MENGAJAR UMAT ISLAM

SEJARAH PECAH DAN PERINTAH

Ketika umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh wilayah Islam dijajah. Antara yg terawal ialah wilayah Khurasan yg berjiran dgn Mongol.

_Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kpd umat Islam, “Sesiapa yg menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barang siapa yg enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan.”_

_Surat tersebut menyebabkan umat Islam yg sedang terancam itu berpecah kpd dua pihak. Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dgn berkata, “Seandainya mereka mampu memerangi kita, tidak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!”_

_Namun pihak kedua cenderung utk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata, “Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dlm keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?”_

_Genghis Khan terus mengambil peluang drp pertelingkahan ini. Dia mengutus surat berikutnya khusus kpd pihak kedua yg sanggup menerima tawaran. Dlm surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kpd pihak tersebut dgn syarat mereka menumpaskan pihak pertama._

_Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah. Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar._

_Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yg teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yg menjual agama dgn habuan dunia._

_Apa yg menyedihkan, pihak yg menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yg dijanjikan. Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya._

_Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yg sangat masyhur,

_*”Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka!”*_

_10 pengajaran drp cerita di atas,_

_1. Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman._

_2. Akidah perjuangan yg lemah punca tidak yakin dgn janji kemenangan drp Tuhan._

_3. Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan._

_4. Apabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati._

_5. Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yg membinasakan._

_6. Islam tidak kalah kerana agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam sendiri._

_7. Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah._

_8. Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara._

_9. Pentingnya utk berpegang kpd prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yg utuh!_

_10. Tidak ada kerjasama dgn bukan Islam dlm menentang sesama Islam._

_Tiga kata-kata hikmah yg perlu diambil iktibar,_

_1. ما أشبه اليوم بالأمس_
_”Alangkah samanya hari ini dgn semalam.”_

_2. لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم_
_”Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu.”_

_3. من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ_
_”Barang siapa tidak belajar drp sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali.”_

_28 Syawal 1439_
_11 Julai 2018_

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment