Save on your hotel - hotelscombined.com

Dapur Victoria Tahun 1830-an Ditemui Di Bawah Rumah

TAMAN CEFN LEA, Britain – Sepasang suami isteri, Archie Graham-Palmer, 41, dan Philippa, 37, menemui sesuatu yang sukar dipercayai apabila mereka menyelongkar ruang bawah rumah keluarganya di sini yang berusia 200 tahun, lapor sebuah akhbar.

Ruang yang diselubungi dengan debu dan timbunan barang lama, rupa-rupanya telah dilengkapi dengan dapur yang berusia lebih daripada satu generasi.

Peralatan memasak telah dijumpai seperti cerek, periuk, kuali, pemotong pastri, alat pemadam api antik dan acuan jeli.

Dapur tersebut didakwa wujud pada tahun 1830an.

Tidak pernah digunakan lebih seratus tahun, dapur itu pernah digunakan ketika Perang Dunia Kedua semasa Jerman menyerang Britain kerana ia terletak di bawah tanah. – Agensi

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.