Save on your hotel - hotelscombined.com

Cara Jual Beli Saham – Trading Tips

tips beli saham

Tips-tips ini adalah bersesuaian dengan perdagangan saham di dalam Bursa Malaysia:

1) Ada saham yang perlukan masa untuk naik. Pelbagaikan portfolio anda. 1/3 untuk jangka masa pendek, 1/3 untuk jangka masa sederhana, 1/3 untuk main intra (beli dan jual pada hari yang sama).


2) Jauhi saham yang mempunyai volume yang rendah, atau anda mungkin ‘terperangkap’ di dalam saham itu untuk masa yang lama. Masuk saham yang mempunyai sekurangnya 300k volume sehari.


3) Sentiasa beli selepas pukul 4:30 pm untuk mengelak ‘false rally’ di waktu pagi atau tengah hari. Biasanya apabila harga saham naik di waktu pagi, anda akan ‘kejar harga’ dan beli, kemudian harga jatuh waktu petang dan anda panik dan jual semula pada harga yang lebih murah.

KECUALI untuk intra buy calls. Beli sahaja jika kami bagi intra buy call nanti, dan ikut arahan ‘gameplay’.


4) Fundamental Analysis (FA) digunakan untuk memilih saham APA untuk dibeli/dijual. Untuk FA, biasanya kami hanya mencari syarikat yang membuat banyak untung dan memenangi tender projek yang besar-besar.

Technical Analysis (TA) digunakan untuk mengira BILA untuk membeli/menjual saham. Untuk TA, jika anda mengumpul 20~30 orang dan set up tempat, kami boleh pergi ke tempat anda dan kita boleh buat group study di sana.


5) ‘Laut merah’ adalah masa untuk beli saham ketika masih murah. ‘Laut hijau’ adalah masa untuk jual semula ketika harga sudah naik. Volume dan ‘price spike’ adalah WAJIB UNTUK JUAL dan ambil profit, walaupun harga belum sampai target price lagi.

Volume spike: Jika saham masuk top volume page selepas 10:00 am

Price spike: Harga naik lebih dari 5% daripada harga tutup hari sebelum


6) Jika ada lebih dari satu target price, apabila harga sudah naik lebih daripada target price pertama, target price pertama akan secara automatik menjadi stop loss yang baru. Sebagai contoh:

Saham A

Current Price=0.12
Stop Loss=0.10
Target Price 1=0.15
Target Price 2=0.20

Anda beli Saham A pada 0.13, kemudian harga naik ke 0.16. Anda memilih untuk hold dan mahu menjual di TP2=0.20. Pada masa ini, SL anda bukanlah SL=0.10 lagi, SL baru anda adalah SL=0.15. Ini dipanggil ‘previous resistance becomes new support’. Dengan kaedah ini, ia menjamin keuntungan walaupun harga tidak naik sehingga TP2.


Tips :

Strategi berdagang saham yang terbaik boleh dibuat dari formula berikut:

f(x)=a+b+c

Yang mana a=duit, b=masa, c=ilmu

Strategi terbaik adalah berbeza untuk setiap individu. Duit di dalam akaun CDS, masa untuk melihat pasaran saham, dan ilmu mengenai pasaran saham kita semua adalah berbeza.

Walaupun strategi terbaik Sifu A, Sifu B, team saya, malahan strategi saya sendiri (tak semua lah ilmu boleh share dengan team haha) tidak semestinya boleh menjadi strategi terbaik anda juga.

Anda perlu membina strategi anda sendiri mengikut:

  • Jumlah duit di dalam akaun CDS
  • Kekerapan boleh memantau pasaran saham
  • Ilmu pasaran saham

Melabur dahulu duit, masa, dan tenaga adalah jalan terpantas untuk membuat keuntungan. Baca segala buku, tengok semua video di Youtube, dan pergi semua kelas atau seminar mengenai pasaran saham (yang murah atau percuma pun dah cukup).

Try and error. Rugi mula-mula berdagang saham itu adalah biasa. Anggaplah rugi mula-mula itu sebagai ‘bayaran’ untuk strategi akan datang, yang menguntungkan secara konsisten dan boleh dipakai sampai bila-bila.


Anda sudah khatam perkara-perkara asas dan membosankan, jom belajar “Technical Analysis” pula.

 

Bagaimana untuk mula berdagang saham? Anda perlu membuka akaun CDS. Ini adalah “Cara-Cara Untuk Membuka Akaun CDS“.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.