Tidak semua orang ada kad kredit atau paypal. Jadi, satu lagi alternatif untuk membuat pembayaran yang makin popular ialah kad debit.
Selain daripada mudah nak dipohon, ia juga tidak akan menyebabkan anda berhutang sebab kalau takde duit dalam kad debit, memang anda tak boleh buat apa-apa belian.
Terdapat banyak jenis kad debit yang boleh anda gunakan untuk bayaran seperti kad debit EON Bank, kad debit Public Bank , kad debit Tune Money , kad debit CIMB dan sebagainya.
Hari ini saya akan ceritakan, tentang bagaimana anda boleh mendaftar dan menggunakan kad debit Maybank Visa sebagai kaedah pembayaran. Tiada sebarang caj dikenakan untuk kad debit maybank ini. Anda boleh dapatkan maklumat yang lebih terpeinci dilaman web rasmi kad debit maybank ini.
Inilah rupa bentuk kad debit Maybank itu.
Kalau kad ATM Maybank yang anda ada tu bentuknya macam ini
anda kena pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan mendapatkan kad bentuk buah ceri tu, hanya bayar RM12 je , terus dapat kad debit maybank ni serta-merta.
Untuk mengaktifkan kad debit Maybank ni, nak kena buat sedikit setting melalui akaun Maybank2u. , hanya ikuti langkah – langkah ini untuk pengakifan,
Langkah 1 – Login ke laman web Maybank2u.com anda.
Langkah 2 – Klik pada bahagian “Maybankard Secure Online Shopping Registration”.
Langlah 3 -Isikan segala maklumat yang diperlukan.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang kad debit Maybank VISA , boleh hubungi pusat perhubungan pelanggan Maybank di 1-300-88-6688
Bila kad debit Maybank anda sudah diaktifkan, anda boleh membuat urusniaga di internet.
terima kasih..panduan yg berguna
saya dah online tp tak de pon link maybankard shopping online registration tu.
yangade cuma tac info gn cancl atm card je.
knape eh?
sy pon xde shopping online dkt utilities tu, dah on kot sbb sblm ni selalu beli tiket airasia…admin ade betol ka??
ops…baru tepon maybank suh onkn shopping online utk overseas so.dah satel 🙂
*maybank2u utk domestik dlm negara pny payment so kena suh pegawai on’kn yg luar negara pny msos…
Saya pun teringin nak cuba.
Saya sudah buka akaun maybank kad tapi tiada nombor akaunnya