Belanjawan 2023
1. Bankrap dengan hutang kurang daripada RM50,000 yang memenuhi syarat tertentu akan dibebaskan daripada muflis pada 1 Mac. Ini dijangka memberi manfaat kepada 130,000 orang
2. Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 untuk membebaskan bankrap secara automatik
3. Bank Negara akan membenarkan pengguna membekukan akaun mereka sekiranya mereka mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan
4. RM10 juta untuk menyokong Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional
5. Pasukan petugas khas untuk mereformasi agensi kerajaan, yang dikenali sebagai STAR, akan ditubuhkan. Ia akan diketuai oleh ketua setiausaha kerajaan
6. Peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Marris) meningkat kepada RM5.2 bilion
7. RM50 juta untuk memasang tiang lampu di kawasan yang sering berlaku kemalangan
8. Kerajaan akan menggunakan jurutera daerah untuk mempercepatkan pembaikan jalan persekutuan
9. RM2.7 bilion untuk membaiki dan menaik taraf jalan persekutuan
10. RM1.2 bilion untuk membaiki 400 klinik usang dan 380 sekolah usang
11. Kerajaan bercadang untuk membentangkan pindaan kepada Akta Pemberi Maklumat untuk melindungi pemberi maklumat dengan lebih baik
12. Kerajaan bercadang untuk membentangkan Akta Perolehan Kerajaan
13. Perolehan kerajaan mestilah telus. Kontrak bernilai RM22 bilion yang dikaitkan dengan projek tebatan banjir dan projek Jana Wibawa telah diberikan melalui rundingan terus
14. Sektor swasta akan mewujudkan “Madani wakaf” melibatkan aset bernilai lebih RM1 bilion
15. Kerajaan akan meningkatkan ketersediaan pembiayaan Islam
16. Kerajaan juga akan menyokong rancangan untuk sektor swasta membangunkan sebuah pelabuhan di Pulau Carey
17. Kerajaan akan menyokong pembangunan pelabuhan Sanglang di Perlis
18. Putrajaya perluaskan lapangan terbang Subang dan Pulau Pinang bagi menarik pelaburan. Ini lebih menjimatkan daripada cadangan pembinaan lapangan terbang RM7 bilion di Kulim, kata perdana menteri
19. Tun Razak Exchange akan menjadi hab kewangan antarabangsa negara
20. Bank Pembangunan Malaysia Berhad akan menyediakan RM6 bilion dalam pembiayaan strategik untuk menggalakkan automasi
21. Insentif cukai untuk industri aeroangkasa akan dilanjutkan hingga 31 Dis 2025
22. Insentif cukai untuk pengilang memindahkan operasi ke Malaysia akan dilanjutkan hingga 2024
23. Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Induk Industri Baharu 2030. Ini termasuk penstrukturan semula insentif pelaburan
24. Kerajaan akan memberi insentif kepada majlis tempatan yang memudahkan perniagaan ditubuhkan
25. Kerajaan mencadangkan insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) dilanjutkan sehingga 31 Dis 2025
26. Bank Negara akan menyediakan RM2 bilion dalam bentuk pinjaman untuk menyokong syarikat permulaan teknologi hijau dan membantu PKS menerima amalan rendah karbon
27. RM50 juta untuk menambah bilangan renjer hidupan liar kepada 1,500 orang
28. RM38 juta diperuntukkan untuk melindungi hidupan liar yang terancam termasuk harimau dan gajah
29. Kerajaan akan menambah peruntukan yang diberikan kepada negeri untuk memelihara hutan daripada RM70 juta setahun kepada RM150 juta setahun
30. RM50 juta untuk angkatan tentera, bomba dan penyelamat, dan Rela untuk persediaan menghadapi bencana alam.
31. RM150 juta untuk Nadma bersiap sedia menghadapi bencana alam
32. Enam projek tebatan banjir akan ditender semula
33. Anwar memberi contoh projek tebatan banjir. Beliau berkata kerajaan boleh menjimatkan RM2 bilion untuk projek yang dianugerahkan oleh kerajaan terdahulu
34. Projek berimpak tinggi mesti diberikan melalui tender untuk memastikan kerajaan menikmati nilai terbaik dan penjimatan.
35. Bank Negara akan menyediakan hampir RM10 bilion pinjaman untuk PKS
36. Kerajaan mengetepikan yuran ujian memandu untuk lesen teksi, bas, e-hailing dan motosikal B2
37. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan akan menyediakan pinjaman RM20 bilion kepada PKS dalam sektor bernilai tinggi
38. RM1.7 bilion kemudahan pinjaman di bawah Bank Negara, BSN dan TEKUN
39. Agensi kerajaan akan menyediakan kemudahan pinjaman RM40 bilion untuk PKS
40. RM176 juta untuk menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan di bawah Mara, DBKL, PUNB dan UDA
41. RM50 juta untuk membina dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk di seluruh negara
42. Cukai pendapatan untuk PKS mikro dikurangkan daripada 17% kepada 15% untuk RM150,000 pertama
43. Kerajaan akan memberi insentif pengisytiharan sendiri bagi tunggakan cukai pendapatan mulai 1 Jun
44. Separuh daripada hasil daripada duti eksais yang dikutip di bawah undang-undang Generational Endgame (GEG) akan disalurkan kepada kementerian kesihatan
45. Putrajaya akan memperkenalkan duti eksais ke atas cecair vape dan e-rokok yang mengandungi nikotin
46. Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkenalkan cukai keuntungan modal mulai 2024~
47. Kerajaan akan memperkenalkan cukai kekayaan. Jam tangan dan barangan mewah akan dikenakan cukai
48. Kerajaan akan mengekalkan subsidi elektrik untuk semua pengguna domestik dan PKS
49. Pencarum Amanah Saham Bumiputera (ASB) berpendapatan rendah akan diberi lebih banyak dividen
50. Kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal di Parlimen tahun ini untuk memastikan pengurusan ekonomi yang lebih baik pada masa hadapan
51. Kerajaan menyasar mengurangkan defisit fiskal kepada 5% tahun ini, berbanding 5.6% pada 2022
52. Kerajaan menyasarkan untuk mengutip hasil RM291.5 bilion, penurunan berbanding RM294.4 bilion pada 2022