Bagaimana Melayari Laman Web Yang Disekat

Salam.. Setelah beberapa (banyak) artikel/entry kami sebelum ini yang mengajar anda semua cara melepasi sekatan websense (biasanya digunakan oleh kerajaan),

hari ini kami ingin memberi satu lagi tutorial untuk anda semua melayari/melepasi laman web yang disekat dengan kaedah SSH Tunneling..

Apa Itu SSH Tunneling?

Secure Shell (SSH) Tunnel ialah ‘terowong’ yang diekripsi melalui sambungan protokol SSH..sambungan SSH Tunnel biasanya digunakan untuk melindungi (encrypt) trafik yang terdedah (unencrypted) melalui rangkaian kepada saluran yang dienkripsi (encrypted).. dengan kata mudahnya,

anda boleh melayari laman web secara anonymous (tanpa dapat dipantau atau dikesan) dan secara tidak langsung dapat melayari laman web yang disekat..

Ingin Mr.Hac tegaskan di sini, kaedah ini agak advance, dan memerlukan lebih pemahaman..jadi diharap anda menumpukan sepenuh perhatian (macam dalam kelas pulak) terhadap tutorial ini kerana kalau boleh Hac nak semua orang berjaya melakukannya..

Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?

1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix

2. PuTTy – Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..

Cara Melakukannya:

1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet.. haha.. terpulang la!

cara mendaftar? lihat sini —> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com.. cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit.. kerana itu kami katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..

cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain.. jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!

2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh kami dalam gambar dibawah.. pada Host Name (or IP address), sila masukkan shellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)..

3. Kemudian, klik pada SSH —> Tunnels —> pada Source port, masukkan nombor 8888, tandakan pada ‘Dynamic’, dan kemudian klik Add..setelah itu, klik Open..

4. Tetingkap seperti di bawah akan muncul.. sila masukkan username dan password yang telah anda pilih semasa mendaftar di Shellmix.com..

Sebelum tetingkap di atas muncul, sekiranya keluar tetingkap seperti di bawah ini, anda hanya perlu klik ‘Yes’..

5. Ok.. selesai bahagian pertama, iaitu bahagian TETAPAN PuTTy.. sekarang kita perlu membuat tetapan kepada pelayar web yang kita gunakan.. dalam tutorial ini, kami akan menunjukkan tetapan untuk pelayar web Mozilla Firefox..

6. Pada pelayar Firefox, klik Tools —> Options

atau boleh juga merujuk kepada gambar di bawah:

7. Klik pada Advance —> Network —> Settings…

8. Klik pada Manual proxy configuration —> pada SOCKS Host masukkan ‘localhost’ (tanpa pembuka dan penutup kata) dan pada ruangan Port isikan dengan nombor 8888..

9. Selesai!! sekarang anda sudah mampu melayari laman web yang telah disekat dan untuk mengetahui sama ada anda telah berjaya atau tidak,

Sila pergi ke —> What Is My IP Address

di bawah ini ialah contoh dari Mr.Hac :

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

– www.omghackers.com

Comments

comments

4 thoughts on “Bagaimana Melayari Laman Web Yang Disekat”

      1. Oh..tak..dalam entri ni ada link ke myhackersarehere.com kan? sekarang link tu dah tak dapat nak masuk sebab aku dah tukar domain ke omghackers.com. so kalau rajin tukar la.. ๐Ÿ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.