Save on your hotel - hotelscombined.com

Apakah perbezaan pelaburan saham dan perdagangan saham?

apa itu saham, saham,pelaburan, buka akaun cds

Apakah perbezaan pelaburan saham dan perdagangan saham?

Pelaburan: JANGKA MASA PANJANG, biasanya portfolio berasaskan saham-saham syarikat yang matang dan stabil. Menggunakan Fundamental Analysis (FA) untuk mencari dan membeli saham di bawah nilai harga yang sepatutnya, pelabur yang bagus boleh membuat keuntungan sekitar 30% setahun

Perdagangan: JANGKA MASA PENDEK hingga SEDERHANA, biasanya portfolio berasaskan saham-saham yang tinggi nilai volatiliti dan kecairan. Menggunakan Technical Analysis (TA) untuk mencari harga beli dan jual yang optimum, pedagang yang bagus boleh membuat keuntungan sekitar 30% sebulan

Apa Itu Akaun Saham CDS ?

Akaun ‘Central Depository System’, atau akaun CDS, adalah sama seperti akaun simpanan atau semasa, anda boleh deposit dan keluarkan duit dari akaun, cuma bezanya, duit di dalam akaun CDS digunakan untuk membeli dan menjual saham. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun CDS.

Anda boleh membuka akaun CDS di mana-mana cawangan broker yang berdaftar di Malaysia. Broker adalah institusi kewangan yang akan menguruskan akaun CDS anda.

Anda boleh membuka akaun CDS di:

  • Mana-mana cawangan bank yang mempunyai ‘investment bank group’ seperti Maybank, CIMB dan lain-lain
  • Mana-mana cawangan ‘investment bank’ seperti Maybank Investment Bank, CIMB Investment Bank dan lain-lain
  • Mana-mana cawangan broker persendirian yang bukan bank seperti Kenanga, Malacca Securities dan lain-lain

Bagaimana hendak membuka akaun CDS?

1) Jika anda SUDAH MEMPUNYAI akaun simpanan atau semasa di Maybank sebagai contoh:

  • Pergi mana-mana cawangan Maybank atau Maybank Investment Bank, mohon untuk buka akaun CDS
  • Anda akan diminta untuk memberikan sedikit info peribadi
  • RM10.00 akan ditolak dari akaun simpanan atau semasa anda, dan akan didepositkan ke akaun CDS anda
  • 2 minggu maksimum, akaun CDS anda akan siap
  • Anda sudah boleh mula buat duit dengan berdagang saham

2) Jika anda TIDAK MEMPUNYAI akaun simpanan atau semasa di Maybank sebagai contoh:

  • Pergi mana-mana cawangan Maybank Investment Bank, mohon untuk buka akaun CDS
  • Bawa satu fotokopi Mykad depan dan belakang
  • Isi borang sedikit
  • Bayar RM10.00 dan wang itu akan didepositkan ke akaun CDS anda
  • 2 minggu maksimum, akaun CDS anda akan siap
  • Anda sudah boleh mula buat duit dengan berdagang saham

Tips : Buka sebanyak mungkin akaun CDS dengan broker yang berlainan untuk mendapatkan laporan harian, mingguan, bulanan, atau tahunan dari setiap broker yang boleh membantu anda membuat keuntungan optimum

Comments

comments

1 thought on “Apakah perbezaan pelaburan saham dan perdagangan saham?”

  1. Pingback: Cara Jual Beli Saham - Trading Tips - InformasiKini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.