Save on your hotel - hotelscombined.com

Ais Artik kian cair

Amaran banjir lebih besar ancam dunia

Ais di Greenland dan keseluruhan Kutub Utara kini mencair lebih pantas berbanding ramalan dan mungkin membantu meningkatkan paras air laut global sehingga 1.524 meter kurun ini, kadar lebih tinggi berbanding yang dijangka, menurut penilaian antarabangsa.

Amaran paras air laut lebih tinggi muncul ketika negara di dunia masih tidak berganjak dalam rundingan dua dekad lamanya bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau lain dipersalahkan atas pemanasan global.

Paras air laut tidak meningkat secara sama rata di seluruh dunia kerana ombak, angin dan faktor lain berbeza-beza, namun kawasan tanah rendah seperti Bangladesh dan Florida kemungkinan terjejas teruk.

Kemungkinan Indonesia akan kehilangan beberapa pulau jika paras air laut terus meningkat.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.