Cara Meningkatkan Isipadu Air Mani

Air mani terhasil daripada campuran cecair dari dalam pepundi dalam salur kencing, pundi seminal, pundi cowpers, pundi prostat, pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Terdapat 10 kaedah untuk memekatkan (meningkatkan isi padu) air mani. Kaedah-kaedahnya adalah:

1) Kurangkan pengeluaran air mani (ejakulasi) dengan cara kurang bersetubuh ataupun onani. Ini kerana jika air mani kerap keluar isipadu air mani akan berkurangan dan menjadi cair. Seeloknya, untuk air mani yang lebih mantap, air mani hanya dikeluarkan paling kerap pun selang tiga hari sekali.

2) Tabiat menghisap rokok dan meminum minumam keras (minuman beralkohol) harus dielakkan. Ini kerana kedua-duanya boleh merendahkan tahap penghasilan hormon testosterone. Hormon testosterone sangat penting bagi pundi-pundi yang menghasilkan air mani berfungsi dengan baik.

3) Senaman secara rutin perlu dilakukan terutamanya senaman yang menumpukan pada otot-otot disekitar kemaluan iaitu senaman kemut atau kegel. Cara senaman ini ialah dengan membuat kemutan seperti menahan kencing untuk mencengkam otot pada dasar pelvis, otot di sekitar lubang najis dan salur kencing.

4) Jaga pemakanan dengan mengambil makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi. Terutamanya makanan yang kurang lemak, tinggi protein, sayur-sayuran dan kekacang kerana semua ini sesuai untuk meningkatkan air mani dan mempunyai sperma yang berkualiti. Kekacang diketahui dapat menambah bilangan sperma. Sebaliknya makanan yang pedas dan berempah perlu dikurangkan.

5) Makanan tambahan (supplement) dan herba yang dapat meningkatkan air mani dan jumlah sperma boleh diambil. Contohnya seperti pengambilan Zink yang dapat meningkatkan fungsi kilang sperma. Herba-herba yang dapat membantu menaikkan tahap hormon testosterone dan DHEA adalah seperti Herba Horny Goat Weed atau Epimidium, Tribulus dan ekstrak Tongkat Ali standard (NU-PREP75). Apabila hormon testosterone meningkat secara langsung dapat meningkatkan fungsi pundi serta kilang sperma.

6) Buah zakar tidak boleh terdedah kepada kepanasan. Kepanasan boleh menyebabkan kilang sperma terjejas. Maka elakkan berjemur di sauna dan berendam dalam air panas. Seluar dalam yang ketat juga harus di elak. Seeloknya pakai seluar dalam yang longgar seperti boxer.

7) Berat badan perlu dikuarangkan jika bertambah. Ini kerana kestabilan hormon testosterone boleh terganggu jika lemak perut bertambah dengan banyaknya.

8) Elakkan tekanan dengan mengurusnya secara positif melalui aktiviti bertafakur, senaman yoga dan senaman yang biasa. Tekanan yang berlebihan akan menganggu kesihatan badan.

9) Badan perlu diurut dengan urutan yang menenangkan supaya otot-otot lebih selesa dan badan lebih tenang dan secara langsung badan dapat berinteraksi secara seksual dan dapat menambah isipadu air mani.

10) Buat seks pada waktu pagi atau petang kerana pada waktu ini badan mudah panas dan merangsang pundi yang menghasilkan air mani menjadi lebih cergas. Sebaliknya jika melakukan hubungan seks pada waktu malam, rangsangan pada pundi kurang kerana badan kurang aktif maka, air mani yang dikeluarkan juga berkurang.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.