≡ Menu

Biodata Nabi Kita Muhammad – RASULULLAH S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W

🖌 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

🖌 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

🎈 USIA 5 TAHUN

💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🎈 USIA 6 TAHUN

💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🎈 USIA 8 TAHUN

💓 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🎈 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

🎈 USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🎈 USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🎈 USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

🎈 USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

🎈 USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

🎈 USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam’ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. 💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

* Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
💞 “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW – Manusia agong

🎯 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

  • 💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • 💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • 💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • 💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • 💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • 💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • 💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • 💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • 💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • 💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
  • 💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • 💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • 💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • 💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.
  • 💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • 💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • 💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • 💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • 💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • 💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • 💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • 💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • 💞Rambutnya sedikit ikal.
  • 💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
  • 💞 Rambutnya terbelah di tengah.
  • 💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • 💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • 💞Seimbang antara kedua bahunya.
  • 💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • 💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • 💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • 💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • 💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • 💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • 💞Warna putihnya lebih banyak.
  • 💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • 💞Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • 💞Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • 💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • 💞 Badannya tidak gemuk.
  • 💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
    sederhana lagi kacak.
  • 💞 Perutnya tidak buncit.
  • 💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

🎯 KESIMPULANNYA 🎯:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

source

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: