≡ Menu

Berita Semasa

BERITA HARI INI 21.11.16

1.Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) menjuara pertandingan debat antara universiti yang turut disertai lebih 100 universiti dari pelbagai negara di Universiti Cambridge, London.

2.Seramai 11 pemimpin APEC yang bersidang di Lima,Peru mahu TPPA diteruskan.

3.Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata amaran lisan yang merupakan budaya di Jabatan kerajaan patut dihentikan kerana ianya adalah ringan dan hukuman tidak munasabah.

4.Harga mekanisma untuk minyak masak sedang dirangka oleh pihak Kementerian.

5.Mulai 1 Disember penjualan susu mentah tanpa dimasak adalah satu kesalahan menurut Kementerian Kesihatan.

6.Kementerian Kesihatan berkata wabak denggi di Malaysia menurun sebanyak 13% berdasarkan statistik pada tahun ini.

7.Yayasan IJN membelanjakan wang sebanyak RM4 juta untuk membantu pesakit pada setiap tahun.

8.Wabak denggi telah meragut 214 nyawa dengan 92,891 kes berbanding 293 kematian dan 106,757 kes pada tahun 2015.

9.Kerajaan Johor akan berusaha habis2an untuk meningkatkan kemahiran menguasai bahasa Inggeris di negeri itu.

10.Hanya 10% dari 13,200 koperasi berdaftar di seluruh negara disifatkan berjaya dan mampu diurus.

11.Perniagaan Bebas Cukai di Langkawi dijangka jatuh 40% – 50% selepas Kastam memperkenalkan peraturan baru mengenai pembelian arak dan rokok.

12.Sebanyak RM18.7 juta diperlukan untuk menempatkan semula 250-300 ekor Harimau Malaya yang masih ada dalam tempoh 3 tahun.

13.PM mendakwa rakyat telah bosan dengan demo jalanan yang dipimpin oleh pembangkang.

14.Timbalan Perdana Menteri berkata mereka yang ditahan semasa Perhimpunan Bersih boleh mencabar pendakwaan di mahkamah yang bakal di sabitkan di bawah SOSMA.

15.Seramai 22 orang telah ditahan kerana kaitan dengan Perhimpunan Bersih dari pihak Kuning dan Merah.

16.Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail mahu penjelasan kerajaan berhubung penahanan peserta di Perhimpunan Bersih.

17.Kumpulan Bersih 2.0 mendakwa Tun DrM tidak mencuri tumpuan dari Perhimpunan yang telah diadakan pada sabtu lalu.

18.MCA berkata perhimpunan aman kumpulan Merah dan Kuning menandakan wujudnya keamanan dan kebebasan di Malaysia.

19.SPR setuju untuk mengadakan perubahan pada plean Persempadanan Semula Pilihanraya di Sabah.

20.Lebih banyak kerjasama antara PAS dan UMNO dalam bidang keagamaan akan diadakan demi perpaduan umat Islam menurut pemimpin UMNO Jamil Khir Baharom.

21.Sejak 1999 telah wujud pertambahan 17 sekolah cina yang baru dalam negara dan MCA berkata mereka akan terus berjuang untuk meningkatkan sekolah aliran cina ini.

22.Ketua Perkasa Ibrahim Ali menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam PRU akan datang.

23.Seorang Pengarah Agensi Persekutuan dijangka bakal ditahan oleh SRPM sebagai jerung terbaru.Pengarah berumur 59 tahun itu telah mengetuai sebuah Agensi sejak beberapa tahun.

24.Hujan lebat di 4 negeri semalam telah meragut 2 nyawa di Pulau Pinang dan Kedah manakala Daerah Gerik di Perak mengalami banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun.

25.Kerja2 mendalamkan 4 sungai di Pulau Pinang iaitu Sungai Pinang, Sg Jelutong,Sg Dondang dan Sg Air Itam akan dijalankan untuk atasi masalah banjir.

26.Kanak2 2 tahun mati digilis kereta lain selepas dia terjatuh dari pintu kereta bapanya yang terbuka semasa membelok di Jalan Lebuh Cemerlang ,Johor Bharu.

27.Lukisan mural terbesar bakal dipamerkan di Jalan Magazine ,Georgetown apabila ianya hampir siap dilukis oleh Emmanuel Jarus iaitu pelukis jalanan dari Kanada.

28.Pelajar yang mengidap kanser Wan Adibah Farhani dari SK Sultan Ibrahim 2 di Pasir Mas dan berjaya mendapat 6A dalam UPSR baru2 ini telah meninggal dunia awal pagi tadi.

29.Empat ditahan berhubung pembunuhan pemandu lori di Batu Maung ,Pulau Pinang.

30.Sepasang pelajar kolej berusia 19 dan 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak ,Johor kerana membunuh dan mengerat tubuh Omar Miskam menjadi 5 bahagian.

31.Seorang pekerja ladang Indonesia terbunuh diserang gajah di timur laut Tawau di Sabah.

32.Di Sitiawan seorang pencuri dipaksa untuk menghabiskan semua pisang yang dicurinya dalam sebuah kebun jika tidak dia akan di bawa ke Balai Polis.

33.Dua murid usia 7 dan 8 tahun mengadu dibuli oleh murid tahun 6 di Pengkalan Chepa untuk mengutip dan menjual besi buruk.

34.Wanita Myanmar ditahan di Bukit Kayu Hitam kerana menggunakan kad pengenalan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dan cuma menukar gambarnya saja.

35.Restoran Ozarah Kafe di Kota Bharu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menjual teh 0 ais pada harga RM4 segelas.Kesalahan dibuat pada 29 September 2015.

36.Seramai 200 pengunjung berada di Taman Negara Gunung Gading ,Lundu untuk melihat Bunga Rafflesia yang mula mekar.

37.Pelakon Neelofa akui dia kelu dan tergamam semasa bertemu Siti Nurhaliza buat kali pertama di rumah penyanyi itu.

38.Artis kontroversi Uqasha Senrose muncul tanpa bertudung buat kali pertama di Anugerah Skrin 2016.

39.Pengarah dan pelakon Syamsul dan isterinya Sarah bakal mendapat anak lelaki manakala penyanyi AF Adira pula akan mendapat anak perempuan. Adira kini hamil 6 bulan.

40.Aksi Harimau Malaya di Kejohanan Piala AFF Suzuki belum begitu baik walaupun berjaya mengatasi pasukan lemah Kemboja 3-2 dalam aksi sulung.

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment