≡ Menu

Berita Malaysia Kini

berita-terkini1.Bantahan berterusan dan membesar dalam kalangan penduduk Amerika yang anti Trump di beberapa bandar dalam negara tersebut.

2.Trump mengecam kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan yang tidak senang dengan kemenangannya.

3.Australia turut menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan TPPA.

4.Rakyat Jepun turut bimbang dengan kemenangan Donald Trump.

5.Kemenangan Trump meletakkan hubungan 2 hala dengan Mexico dalam bahaya.

6.Israel mula menunjukkan belang dengan menyerang bot nelayan Palestin dan turut menahan 20 penduduk di sempadan.

7.Filipina memberi keizinan kepada Malaysia untuk memasuki perairan negara tersebut untuk memburu penculik dan pelampau.

8.Kaum Melayu dan bumiputera akan kekal sebagai teras utama negara dalam Plan 2050 menurut PM.

9.Setiausaha Perdagangan Filipina Ramon Lopez berkata pelabur daripada Malaysia tidak perlu bimbang dengan masalah birokrasi dan rasuah di negara tersebut.

10.Malaysia akan tandatangani Perjanjian Paris bagi mengurangkan pengurangan karbon menjelang tahun 2030.

11.Seramai 500 pelarian Syria dijangka tiba di Malaysia pada akhir tahun nanti.

12.TPM berkata terdapat 2 juta pekerja warga asing yang sah di Malaysia.

13.Sejak 2010 seramai 31,230 kakitangan kerajaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan di mana 5,578 daripada mereka diberhentikan kerja.

14.Keputusan UPSR akan diumumkan pada khamis depan.

15.Timbalan Menteri Pendidikan membayangkan akan berlaku perubahan pada format UPSR nanti.

16.Rakyat Malaysia mungkin akan dibenarkan membuat laporan polis secara online daripada pergi terus ke balai2 pada masa depan.

17.Durian,kopi dan sarang burung layang-layang adalah antara promosi daripada 40 syarikat2 Malaysia yang akan sertai Ekspo Perdagangan 3 hari di Shanghai,China.

18.MAHB (Malaysia Airport Holding Berhad) cuma membenarkan sebahagian saja pemindahan operasi AirAsia ke KLIA.

19.PRESMA atau Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia berjanji untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman walaupun berlakunya kenaikan harga minyak masak dan petrol.

20.Cadangan Parti AMANAH supaya rokok dan arak diasingkan dalam jualan kedai serbanika dibantah oleh MCA.

21.MCA menggesa pemilik rumah di Kampung-kampung Baru yang majoritinya kaum cina supaya menukar status kediaman kepada homestay untuk meningkatkan nilai hartanah pada masa akan datang.

22.Mesyuarat Agung MCA akan bermula esok selama 2 hari di Kuala Lumpur dan akan dirasmikan oleh PM.

23.MBPP diarah oleh kerajaan negeri P.Pinang untuk menyediakan pelan pembangunan di persisiran sungai dan bukit untuk dikaji.

24.Pelanggan kedai penukaran wang berang dengan tindakan pemilik perniagaan yang enggan menerima wang kertas Rupees bernilai 500 dan 1,000.

25.Lebih 300 penduduk Orang Asli meneruskan sekatan dan enggan bersurai di Pos Tohoi,Gua Musang walaupun diberi amaran oleh Jabatan Perhutanan Kelantan.

26.Pelajar Orang Asli dari SK Satak di Raub,Pahang diberi peluang oleh AisAsia untuk meninjau cara pemanduan juruterbang dalam simulasi.

27.Kebakaran kecil berlaku di sebuah wad Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

28.Seorang jurutera sebuah kilang di Pulau Pinang ditahan kerana memukul anak kekasihnya lebih 50 kali dengan pembaris atas alasan kanak2 usia 8 tahun itu nakal dan degil.

29.Jururawat alami patah tulang kening mata dan luka2 lain kerana ditumbuk tunangnya di Damansara Kim, Petaling Jaya.

30.Murid di SK Pasoh 3 ,Jempol di Negeri Sembilan dikatakan sering menjadi mangsa rasukan berkelakuan seperti harimau dengan mencakar dan bergaduh sesama sendiri.

31.Tangan kanan seorang pekebun hancur kerana letupan mercun bola apabila dia cuba menggunakan letupan untuk menghalau gajah liar di Gelok, Lenggong ,Perak.

32.Polis menahan 3 lelaki kerana mencuri loceng tembaga dan lain peralatan daripada 2 kuil di Pontian sebelum menjualnya dengan nilai RM20,000.

33.Filem Mamat Khalid Rock Bro mengutip RM5 juta setakat ini.

34.Pasangan beregu badminton lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee kiong kini menduduki ranking no. 1 dunia.

35.KAFA menolak peletakan jawatan Anuar Musa sebagai Presiden persatuan itu.

36.Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton mendakwa Malaysia sebagai pusat untuk mengatur perjudian bola sepak di Asean dan FAM mengutuk kenyataannya.

Incoming search terms:

  • berita malaysia

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment