≡ Menu

7 Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Buat Duit Dengan Program Affiliate.

Anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet.

Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, cuba pastikan program affiliate tersebut mempunyai niche dan topik yang sama dengan blog anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.

Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik.

Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.

Setakat ini, panduan yang paling komprehensif untuk anda rujuk bagi teknik pertama ini adalah panduan Rahsia Affiliate Kerajaan oleh saudara Jamal. Panduan ini merupakan panduan yang paling lengkap setakat ini.

2. Buat Duit Dengan Servis.
Melalui blog, anda sebenarnya berpeluang menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.

Sebagai contoh, rakan saya menggunakan blognya untuk menjalankan servis pengesahan akaun paypal menggunakan virtual kredit card (VCC). Ada juga yang menjalankan servis design tema blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka. Ada juga yang menawarkan servis setup akaun adsense untuk mereka yang ingin bergiat dalam adsense.

3. Buat Duit Dengan Menjual Produk Digital/Fizikal.
Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.

Namun, ada pendapat yang mengatakan blog hanya sesuai untuk menjana trafik ke laman perniagaan anda. Menurut pendapat ini, minisite lebih sesuai dijadikan laman web menjual produk, manakala blog pula bertindak sebagai pembawa trafik ke minisite tersebut.

4. Buat Duit Dengan Menawarkan Ruang Iklan.
Jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini.

Tempoh sewaan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Saya sendiri pernah ditawarkan dengan nilai yang agak berpatutan untuk satu sewaan di ruang blog saya sebelum ini.

5. Buat Duit Dengan Ulasan.
Cara ke-5 buat duit dengan blog ini ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang ini. Dengan memberikan ulasan/review berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.

Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet. Sekiranya anda berminat, antara laman-laman web yang menawarkan teknik ke-5 ini ialah payperpost.com, shvoong.com dan reviewme.com.

Ada juga blogger yang membuat pertandingan mengulas blog mereka. Anda dikehendaki menulis tentang blog mereka dan pamerkan entri tersebut di blog anda pula. Jika anda rasa pertandingan tersebut berbaloi untuk disertai, tak salah jika anda mencuba nasib. Untung-untung blog anda jadi johan pula. Tuah manusia tak siapa tahu kecuali Allah SWT.

6. Buat Duit Dengan Menyertai Agensi Pengiklanan.
Cara ke-6 buat duit dengan blog ini jika dilihat sekali imbas, mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan teknik ke-4 di atas. Namun, teknik ini sebenarnya tidak sama. Caranya ialah dengan menyertai agensi pengiklanan seperti advertlets, nuffnang serta innity.

Untuk cara ke-6 ini, anda tidak perlu menawarkan ruang iklan di blog anda untuk pengiklan. Tetapi, cukup dengan menyertai agensi-agensi pengiklanan ini. Mereka telah menjadi orang tengah dengan menyediakan iklan-iklan daripada pengiklan untuk anda sediakan di blog anda.

Selalunya iklan ini mempunyai kitaran tertentu. Jadi, jika anda letak satu kod yang disediakan oleh agensi ini di blog anda, tidak kira di bahagian sidebar ataupun di bahagian entri, sebenarnya anda telahpun membantu mengiklan lebih daripada satu iklan.

Secara peribadinya, saya pernah menjadi penggemar agensi pengiklanan ini pada tahun 2007 yang lalu. Namun saya beralih arah daripada teknik ke-6 ini untuk menumpukan usaha terhadap teknik-teknik lain.

7. Buat Duit Dengan Teknik Blog Flipping.
Ini merupakan teknik ke-7 dan terakhir untuk entri 7 cara buat duit dengan blog ini. Saya rasa mungkin teknik ini nampak macam tak familiar bagi anda bukan? Baiklah, apakah teknik blog flipping ni sebenarnya?

Blog flipping merupakan satu teknik di mana anda membina sebuah blog, menjana trafik ke blog tersebut, make-up blog tersebut cantik-cantik, menaikkan Google Page Rank dan Alexa Rank, dan akhirnya menjual blog tersebut kepada orang lain. Untuk memudahkan cerita, anda adalah broker kepada blog tersebut.

Dengan teknik blog flipping ni, anda tidak menjadikan blog tersebut sebagai blog peribadi, sebaliknya blog tersebut dibina semata-mata untuk dijual kepada blogger lain. Anda akan dapat keuntungan melalui penjualan blog tersebut.

Jika anda ingin sumber untuk membina blog percuma, anda boleh mendapatkannya di blogspot atau wordpress. Namun jika anda ingin meningkatkan nilai blog yang bakal anda jual nanti, saya sarankan anda membina sebuah blog self hosted.

Comments

comments

{ 4 comments… add one }

Leave a Comment